Sunday 17 May 2015

.: Sistem ePelaporan Bersepadu j-QAF 2015 :.

Assalamualaikum wrt. wbt.
Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF merupakan evolusi penambahbaikan Sistem e-Pelaporan Program j-QAF yang telah digunakan untuk menganalisis pencapaian model-model Program j-QAF sejak tahun 2007 hingga 2013.

Sistem yang baru ini mempunyai pelbagai fungsi yang disepadukan dalam satu sistem seperti berikut :

  1. Menganalisis pencapaian model-model Program j-QAF
  2. Pangkalan data Program j-QAF merangkumi data guru, murid, kelas dan sekolah.
  3. Pelaporan Pelaksanaan Pemantauan Program j-QAF peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
  4. Terkini Pelaporan Program Perkara Asas fardu Ain (PAFA) Sekolah Rendah.
Sistem ini dibangunkan oleh barisan Guru Pendidikan Islam dan Guru j-QAF menggunakan platform Microsoft Access 2007 dengan mengambil kira keperluan pengguna di semua peringkat; Sekolah, PPD, JPN dan KPM. Berikut pautan bagi memudahkan rakan-rakan memuat turun (download) installer Sistem ePelaporan Bersepadu j-QAF.

*Muat turun ePelaporan Bersepadu j-QAF 2015

0 comments:

Post a Comment