Bahan Kem Cemerlang Jawi 2016

Perkongsian bahan-bahan KCJ 2016

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sunday 30 August 2015

:: Kertas Kerja Kem Cemerlang Jawi 2015 ::

Assalamualaikum wrt. wbt.

Semua sekolah telah maklum tentang keperluan melaksanakan Kem Cemerlang Jawi (KCJ) 2015. Kem ini hendaklah dilaksanakan sebelum atau pada 15 Oktober 2015. Oleh itu, bagi memudahkan rakan-rakan melaksanakannya, maka di sini saya sertakan salinan Kertas Kerja Kem Cemerlang Jawi 2015 dalam bentuk softcopy untuk manfaat bersama. Sila klik paada pautan di bawah untuk memuat turun kertas kerja KCJ berkenaan. Semoga perkongsian yang tidak seberapa ini dapat melancarkan lagi pelaksanaan KCJ di peringkat sekolah rakan-rakan sekalian. Sekian, terima kasih.

Monday 29 June 2015

.: Kem Cemerlang Jawi 2015 :.

Pendahuluan

Mata pelajaran jawi diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam semenjak Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) sehingga Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Semenjak tempoh itu, tahap penguasaan murid dalam pelajaran jawi belum mencapai tahap yang membanggakan. Langkah Program j-QAF mengadakan Kem Cemerlang Jawi (KCJ) bermula tahun 2015 akan mampu memperkasakan Pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Kem Cemerlang Jawi merupakan aktiviti pembelajaran yang mesti dilalui oleh murid-murid yang lemah dalam penguasaan jawi. Ia perlu diajar dengan menggunakan metodologi dan teknik yang berkesan supaya mereka dapat menguasai kemahiran mengenal, membaca dan menulis dengan sempurna.

Objektif
  • Memulihkan keciciran murid dalam jawi.
  • Semua murid Islam sekolah rendah yang mengikuti KCJ akan dapat:
    • Mengenal, membaca dan menulis huruf jawi tunggal dan bersambung.
    • Membaca dan menulis suku kata terbuka dan suku kata tertutup.
    • Membaca dan menulis ayat pendek.
Bahan-bahan meliputi Panduan Pelaksanaan, Panduan Guru, Slide Powerpoint serta Modul-modul boleh dimuat turun melalui pautan berikut:


Sunday 24 May 2015

.: Perisian dan Fonts Jawi :.

Assalamualaikum wrt wbt...

Alhamdulillah, hari ini admin nak kongsikan satu lagi perisian yang bermanfaat untuk kegunaan ustaz dan ustazah sekelian, iaitu perisian Arabic-Jawi. Ianya berguna tatkala kita ingin menaip menggunakan huruf-huruf tambahan jawi seperti; huruf ca, nya, nga, pa, ga, dan va.
Kebiasaannya kita menggunakan pilihan huruf Arabic untuk menaip tulisan jawi, namun masih terdapat keterbatasan apabila huruf-huruf tambahan jawi tidak diperolehi. Untuk itu, perisian ini dapat membantu. Rakan-rakan hanya perlu memilih Arabic-Jawi yang tertera pada regional and language, kemudian menekan butang Shift untuk menampilkan pilihan huruf-huruf jawi pada keyboard (On-Screen Keyboard). Admin turut sertakan beberapa font jawi tambahan bagi memperbanyakkan lagi pilihan kepada kita dalam menaip tulisan jawi. Admin sarankan rakan-rakan menggunakan font Jawi UthmanTaha, kerana font ini mendukung kebolehan meletakkan hamzah pada kedudukan 3/4 secara default. inshaAllah, tutorial cara penggunaannya akan menyusul. Sekian.

.: Al-Quran in Word :.

Assalamualaikum wrt wbt... 
Bersua kembali pada pagi yang mendamaikan ini. Hari ini admin terlintas untuk berkongsi sebuah perisian yang sangat bermanfaat untuk kegunaan ustaz dan ustazah. Perisian yang dimaksudkan ialah 'Al-Quran in Word'. Perisian ini memudahkan kita untuk memasukkan ayat-ayat al-Quran ke dalam Microsoft Office Word berserta baris, mahupun terjemahannya sekali. Ianya meliputi 30 juzuk daripada al-Quran.

Admin sudah bertahun lamanya menggunakan perisian ini semenjak menuntut di Universiti Malaya lagi. Sejak pengenalan versi pertama sehinggalah yang terkini, iaitu versi 1.3, pelbagai pembaharuan telah dilakukan oleh pihak pembangun untuk memastikan ianya kekal relevan digunakan. Menariknya, perisian Al-Quran in Word versi 1.3 ini mendokong (Support) Microsoft Office 2013...Terima kasih admin ucapkan kepada pembangun asal perisian Al-Quran in Word, iaitu saudara Mohamad Taufiq.


.: Pentaksiran Sumatif 1 Jawi 2015 :.

Assalamualaikum wrt wbt.

Sukacita dimaklumkan Pentaksiran Sumatif 1 Program j-QAF
bagi tahun 2015 sudah boleh ditadbir. Untuk itu, di sini disertakan salinan dokumen sumatif jawi yang diperlukan bagi ujian berkenaan.
Rakan-rakan di SJKC KMY boleh muat turun dokumen berkenaan di bawah.






Saturday 23 May 2015

.: Bahan Tambahan Sistem ePelaporan Bersepadu :.

Assalamualaikum wrt wbt.

Dikesempatan ini, saya sertakan pautan bahan-bahan tambahan untuk dijadikan rujukan rakan-rakan terutamanya, bagi mengkaji dengan lebih mendalam berkaitan Sistem ePelaporan Bersepadu porgram j-QAF. Sila muat turun dan ekstrak ke dalam komputer rakan-rakan. Semoga bahan-bahan yang diberikan dapat memudahkan kita semua untuk menguasai Sistem ePelaporan Bersepadu program j-QAF ini. Bahan ini juga boleh didapati di bahagian Muat Turun. 

Sunday 17 May 2015

.: Sistem ePelaporan Bersepadu j-QAF 2015 :.

Assalamualaikum wrt. wbt.
Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF merupakan evolusi penambahbaikan Sistem e-Pelaporan Program j-QAF yang telah digunakan untuk menganalisis pencapaian model-model Program j-QAF sejak tahun 2007 hingga 2013.

Sistem yang baru ini mempunyai pelbagai fungsi yang disepadukan dalam satu sistem seperti berikut :

  1. Menganalisis pencapaian model-model Program j-QAF
  2. Pangkalan data Program j-QAF merangkumi data guru, murid, kelas dan sekolah.
  3. Pelaporan Pelaksanaan Pemantauan Program j-QAF peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
  4. Terkini Pelaporan Program Perkara Asas fardu Ain (PAFA) Sekolah Rendah.
Sistem ini dibangunkan oleh barisan Guru Pendidikan Islam dan Guru j-QAF menggunakan platform Microsoft Access 2007 dengan mengambil kira keperluan pengguna di semua peringkat; Sekolah, PPD, JPN dan KPM. Berikut pautan bagi memudahkan rakan-rakan memuat turun (download) installer Sistem ePelaporan Bersepadu j-QAF.

*Muat turun ePelaporan Bersepadu j-QAF 2015