Sunday 24 May 2015

.: Perisian dan Fonts Jawi :.

Assalamualaikum wrt wbt...

Alhamdulillah, hari ini admin nak kongsikan satu lagi perisian yang bermanfaat untuk kegunaan ustaz dan ustazah sekelian, iaitu perisian Arabic-Jawi. Ianya berguna tatkala kita ingin menaip menggunakan huruf-huruf tambahan jawi seperti; huruf ca, nya, nga, pa, ga, dan va.
Kebiasaannya kita menggunakan pilihan huruf Arabic untuk menaip tulisan jawi, namun masih terdapat keterbatasan apabila huruf-huruf tambahan jawi tidak diperolehi. Untuk itu, perisian ini dapat membantu. Rakan-rakan hanya perlu memilih Arabic-Jawi yang tertera pada regional and language, kemudian menekan butang Shift untuk menampilkan pilihan huruf-huruf jawi pada keyboard (On-Screen Keyboard). Admin turut sertakan beberapa font jawi tambahan bagi memperbanyakkan lagi pilihan kepada kita dalam menaip tulisan jawi. Admin sarankan rakan-rakan menggunakan font Jawi UthmanTaha, kerana font ini mendukung kebolehan meletakkan hamzah pada kedudukan 3/4 secara default. inshaAllah, tutorial cara penggunaannya akan menyusul. Sekian.

3 comments:

  1. Assalamualaikum dan salam sejahtera
    Hanya Berkongsi
    Dibandingkan dengan Rumi, Tulisan Jawi lebih indah, lebih mudah @ lebih menarik.
    Huruf Rumi = besar & kecil = (34) bentuk berdiri sendiri = 26 (A-Z) + 8 (a+b+c+d+e+g+h+q+r)
    Huruf Jawi = Titik-titik + (19) bentuk sahaja yang manis @ tari-menari.
    Tidak seperti Rumi, Jawi suka bercantum seperti yang ditunjukkan di dalam BungaBahasa.pdf.
    http://www.macarabia.net/attachments/12995/

    2. BM adalah bahasa fonetik, seperti Bahasa Arab, Cara terbaik adalah ditulis dan diSilangkata dalam bungaJawi.pdf
    http://www.sistemguruonline.my/2016/01/teka-silang-kata-kelopak-font-jawi-oleh.html
    Semoga BerManfaat dan Semoga BerJaya

    ReplyDelete
  2. Terima kasih tuan... Sudah lama saya nak replace font Sakkal Majalla ke tulisan Jawi Uthman Taha. Boleh ajarkan saya kaedah macam mana tuan gunakan? Saya biasa guna software font logic untuk ubah. Whatsapp saya di 0103654050 utk kongsi pengalaman.

    ReplyDelete
  3. Tapi ada masalah pada dwi tulisan ya... Arab dan jawi...baris x boleh nak masuk ya. Sy sedang usahakan satu fonts untuk arab, jawi dan baris.

    ReplyDelete