Assalamualaikum wrt wbt...
Alhamdulillah, hari ini admin nak kongsikan satu lagi perisian yang bermanfaat untuk kegunaan ustaz dan ustazah sekelian, iaitu perisian Arabic-Jawi. Ianya berguna tatkala kita ingin menaip menggunakan huruf-huruf tambahan jawi seperti; huruf ca, nya, nga, pa, ga, dan va.
Kebiasaannya kita menggunakan pilihan huruf Arabic untuk menaip tulisan jawi, namun masih terdapat keterbatasan apabila huruf-huruf tambahan jawi tidak diperolehi. Untuk itu, perisian ini dapat membantu. Rakan-rakan hanya perlu memilih Arabic-Jawi yang tertera pada regional and language, kemudian menekan butang Shift untuk menampilkan pilihan huruf-huruf jawi pada keyboard (On-Screen Keyboard). Admin turut sertakan beberapa font jawi tambahan bagi memperbanyakkan lagi pilihan kepada kita dalam menaip tulisan jawi. Admin sarankan rakan-rakan menggunakan font Jawi UthmanTaha, kerana font ini mendukung kebolehan meletakkan hamzah pada kedudukan 3/4 secara default. inshaAllah, tutorial cara penggunaannya akan menyusul. Sekian.